Wednesday, 23 May 2012

Misi Taska


Menjaga dan mendidik kanak-kanak dengan nilai-nilai Islam dengan menggunakan pelbagai pendekatan  untuk membentuk kendiri yang positif, mencapai kehendak mereka dalam kehidupan yang berkualiti.

Visi Taska


Menjadikan taska sebagai sebuah pusat penjagaan serta pendidikan yang cemerlang melalui sistem penjagaan, pembelajaran dan pengurusan yang efektif serta menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak.

Tuesday, 22 May 2012

Objektif Taska



Antara objektif penubuhan taska ini adalah untuk :
  1. Menyediakan tempat yang selamat bagi kanak-kanak semasa ibu bapa mereka keluar bekerja.
  2. Menggalakkan pertumbuhan yang positif bagi kanak-kanak dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
  3. Menyediakan persekitaran yang sihat, ceria dan sempurna kepada kanak-kanak dan memberi peluang kepada mereka untuk belajar dan menerokai dunia kanak-kanak.
  4. Memastikan kesinambungan diantara taska dan rumah.
  5. Membina hubungan yang erat antara guru dan kanak-kanak tanpa mengira bangsa dan agama.
  6. Memperkenalkan pembelajaran asas kepada kanak-kanak selaras dengan pendidikan persekolahan seperti belajar mengenal huruf, melukis dan sebagainya.
  7. Menerapkan nilai-nilai murni kepada kanak-kanak dan mendidik kerohanian mereka dalam kelas agama dan pengajian Al Quran.